Program Terkini....

Image Hosted by ImageShack.us

TV Online... Peace TV

Persoalan berkaitan Yahudi

Persoalan berkaitan yahudi

Saturday, July 18, 2009

Tips Belajar Diplom dan Bachelor di Germany

Assalamualaikum w.b.t

terima kasih kepada abang sharfi kerana mencetuskan idea yang diharap dapat dimanfaatkan bersama ni. Pertama sekali saya rasa saya bukanlah layak untuk memberi nasihat kepada orang lain memandangkan ilmu dan pengalaman yang ada ni kecil sahaja. Namun saya cuba juga untuk berkongsi tips yang saya rasa memang berguna lebih2 lagi kalau menuntut ilmu di Jerman.

Antara tips2 yang terlintas di fikiran saya ialah seperti :-

1. Carilah seramai rakan yang boleh tak kira di kalangan apa bangsa sekalipun. Ini dapat memperbaiki cara komunikasi terutamanya di dalam bahasa Jerman. Secara lojiknya, lebih tinggi penguaaan bahasa pembelajaran (Jerman), lebih mudah juga untuk faham dalam pelajaran.

2. Rajin2kan diri bertanya terus dengan prof ataupun dengan kawan2 jika ada sebarang kemusykilan tentang pelajaran. Jika dibiarkan saja, ia selalunya membawa kepada masalah yang lebih besar apabila berada di kelas seterusnya. Jadi, kena la beranikan diri untuk betanya jika tak mahu rugi.

3. Elakkan sikap belajar "last minute". Memang sangat jauh berbeza tahap pemahaman jika mengulangkaji setiap kali selepas habis kelas berbanding hanya belajar sekaligus beberapa hari sebelum menjelang peperiksaan. Ulangkajilah sekurang2nya 10 minit pun tak mengapa setiap kali daripada tak buat langsung. Kesannya amatlah besar.

4. Kikiskan perasaan rendah diri tak bertempat yang selalu membuatkan perasaan tidak yakin pada kemampuan diri sendiri. Kadang2 rasa tidak yakin untuk ambil peperiksaan juga datang sejak dari awal2 semester lagi. Tapi selalunya perasaan tidak yakin itu hilang dengan sendiri berkadaran dengan masa kerana semakin hari, semakin banyak yang kita faham.

5. Tanamkan sikap "Belajar sebab nak tahu", dan bukan "Belajar sebab nak periksa". Barulah rasa seronok tu wujud dengan sendirinya. Tanya dalam diri kenapa begini dan begitu. Kemudian baca nota sambil mencari jawapan persolan2 tadi. Barulah tak rasa mengantuk dan bosan.

6. Berbincang bersama2 kawan tentang nota dan latihan yang diberikan prof. Setiap orang ada kelebihan sendiri dalam subjek2 tertentu berbanding orang lain. Kepada yang bertanya, dia akan dapat belajar ; dan kepada yang menjawab pula, dia bukan sahaja mengajar orang lain tetapi dapat menjadi lebih faham selain dapat menguatkan ingatan.

7. Ilmu ni milik mutlak Allah. Jadi kalau nakkan ilmu, kena la mintak pada tuannya. Jadi, usaha kita dah tentu lagi cantik bila diiringi doa dan tawakkal. Mungkin nampak remeh tetapi percayalah sebenanya tak !!


Ini sahaja buat setakat ini. Saya pun mencari2 tips yang boleh digunapakai yang ada daripadanya saya agak lambat sedari dan praktikkan. InsyaAllah mungkin ade sesiapa boleh nak tambah atau perbetulkan.

Sekadar memberi pendapat...dan dengan ilmu yang amat sedikit ini juga semoga dapat memberi manfaat.

yang masih dan selalu belajar,

syamsul

0 comments: