Program Terkini....

Image Hosted by ImageShack.us

TV Online... Peace TV

Persoalan berkaitan Yahudi

Persoalan berkaitan yahudi

Saturday, July 18, 2009

Beli cili ada botol arak dalam tempat simpanan yang sama

Soalan:

assalamualaikum brüder,

saya ade kemusykilan..

2)td nk beli cili kt asia shop..tup2..tgk dlm peti sejuk tempat simpan cili ade botol beer..apekah hukum membeli cili itu?

arap2 ustaz dan rakan2 dpt membantu..

berjuang dan terus berjuang..syahid cita2 kami..ameen

Jawapan:

2. Dalam persoalan makanan mentah yang diletakkan bersama dengan makanan haram di kedai, kalau boleh seeloknya kita mengelakkan dari membeli makanan yang diletakkan bersama dengan makanan yang haram. Ini untuk mengelakkan dari memakan makanan yang syubhah iaitu yang samar antara halal dan haram. Kita takut cecair beer dari botol tertumpah meresap ke dalam makanan mentah yang kita beli. Jika makanan mentah yang kita beli dibungkus kemas dengan plastik dan diletakkan berjauhan dari botol beer dalam sebuat peti sejuk, bagi saya tidak masalah untuk kita beli makanan mentah tersebut, Cuma sebaik baiknya perlu dielakkan. Wallahua’lam

Wassalam.

-Abu Ahmad-

0 comments: